Belajar Teknikal Analisis sudah cukup, Ye Ker?

Cukupkah Belajar Teknikal Analisis (TA) Sahaja?

Ramai trader mula langkah pertama dalam dunia pelaburan atau dagangan dengan belajar Teknikal Analisis (TA). Ini perkara biasa. TA memang powerful iaitu dari candlestick patterns, moving averages, support resistance, trendline, hingga ke indikator seperti RSI dan MACD, semuanya memberi isyarat beli atau jual berdasarkan pergerakan harga masa lalu. Tapi persoalannya: cukupkah TA sahaja untuk berjaya dalam pasaran?

Kalau anda seorang intraday trader atau scalper, memang nampak macam cukup. Anda mungkin hanya perlu tahu di mana nak masuk dan keluar dalam tempoh yang pendek, kadang-kadang dalam beberapa minit atau jam sahaja. Dalam kes sebegini, news besar atau fundamental syarikat tak beri kesan sangat sebab target anda hanya pergerakan kecil jangka pendek.

Namun, bila anda mula beralih kepada trading harian yang mengambil masa lebih daripada sehari, atau pelaburan mingguan dan bulanan — barulah anda sedar TA sahaja tidak cukup. Anda perlukan lebih dari sekadar carta.

Inilah sebabnya saya percaya, lama kelamaan, anda akan tergerak untuk memperbaiki strategi dengan mula mengambil kira analisis fundamental (FA), sentimen pasaran, dan paling penting, liquidity dan interest terhadap sesuatu aset.

Sebagai contoh, katalah anda jumpa satu setup yang cun secara teknikal: breakout dari resistance dengan volume besar. Tapi lepas masuk position, harga mula sideways berminggu-minggu. Kenapa? Mungkin sebab aset itu tidak mendapat perhatian pasaran. Tak ada minat. Tak ada volume. Tak ada cerita yang menarik. Di sinilah FA dan sentimen memainkan peranan.

FA membantu anda faham kenapa sesuatu aset bernilai, adakah ia ada catalyst (pemacu harga) seperti berita earnings, polisi kerajaan, kenaikan kadar faedah, atau perkembangan syarikat? Sentimen pula menunjukkan mood pasara; adakah orang yakin atau takut, optimis atau pesimis terhadap sektor itu?

Liquidity dan minat pula adalah darah daging pergerakan harga. Tanpa minat pasaran dan dana yang masuk, setup TA anda yang cantik pun akan gagal melepasi break-even. TA cuma peta. Tapi FA dan sentimen menentukan arah angin.

Kesimpulannya, TA sahaja memang boleh jadi permulaan yang baik — terutamanya untuk dagangan jangka pendek. Tapi untuk kekal konsisten, bertahan dalam pasaran, dan faham kenapa harga bergerak, anda perlu keluar dari kepompong TA. Anda perlu jadi “pembaca pasaran” yang lebih holistik.

Sebab itu saya katakan: bila harga tak nak gerak-gerak, baru anda akan faham kenapa penting untuk tahu dari mana tenaga pergerakan itu datang. Dan ketika itu, TA sahaja tidak akan cukup.

Membaca carta, menilai nilai. TA bukan segalanya, tapi faham pasaran itu lebih penting.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *