CFD Forex Halal? Kajian Ini Jawapannya YA!

Kajian ini meneliti urus niaga mata wang asing (forex) di platform Forex Exchange Direct Dealer (FXDD) dengan analisis mendalam dari sudut fiqh dan undang-undang transaksi Islam. Kajian melibatkan penelitian terhadap kontrak, leveraj, swap, hedging serta kesahihan akad secara dalam talian.

Metodologi Kajian

Penulis menggunakan pendekatan kualitatif melalui:

  1. Kajian perpustakaan – merujuk al-Quran, hadis, kitab fiqh klasik dan fatwa kontemporari.
  2. Temubual – dijalankan dengan pihak berikut:
    • Ustaz Sobri bin Saad, Pengurus Besar USS Group (wakil FXDD di Malaysia), graduan Universiti Madinah dengan rangkaian trader di Malaysia, Indonesia dan Singapura.
    • Pengurusan InstaForex Malaysia.
    • Ahli akademik dalam bidang fiqh.
    • Pengurusan institusi kewangan seperti Bank CIMB.
  3. Pemerhatian & Kursus – Penulis menghadiri kursus pengenalan dan lanjutan forex anjuran USS Group (2007–2010), termasuk kursus khusus mengenai modus operandi FXDD dan InstaForex.

Penemuan Utama

1. Modus Operandi Broker FXDD (& Instaforex)

  • FXDD ialah broker global yang berdaftar serta dikawal selia oleh MFSA (Malta), NFA dan CFTC (AS).
  • Menggunakan kontrak bertulis elektronik yang diiktiraf sah menurut syariah.
  • Menawarkan akaun margin dan akaun swap-free untuk Muslim.
  • Transaksi dilakukan secara spot (serah terima serta-merta), mengelakkan riba nasi’ah.
  • Modus operandi FXDD selari dengan prinsip al-Sarf, iaitu tamathul (nilai sama) dan qobd (penyerahan segera).
  • Penulis menghadiri kelas dan seminar pengenalan modus operandi Insta Forex di Tingkat 41, Menara KLCC (Anuar Group) pada 2009 serta kursus intensif bersama Dr. Bukhori di Ipoh, Perak pada 2010 yang dikendalikan oleh wakil Insta Forex Malaysia seperti Tuan Mustaqeem, yang juga dilantik sebagai Introducer Broker Insta Forex.
  • Temubual dengan barisan pengurusan Insta Forex di Malaysia turut dijalankan untuk memahami model operasi broker ini yang berbeza dari FXDD.
  • Kursus yang diikuti bertujuan memahami secara praktikal tentang cara Insta Forex beroperasi sebagai broker dan platform perdagangan Forex bagi pelabur dan pedagang.
  • Penulis menekankan pentingnya pemilihan broker berdasarkan dokumentasi jelas serta lesen pengawalseliaan dan kesahihan bank koresponden yang digunakan.
  • Syarat utama sebelum berlaku kontrak urusniaga jual beli matawang asing ini adalah memastikan dengan yakin kewujudan dan kebenaran syarikat broker tersebut.
  • Sebarang kontrak jual beli yang mengandungi unsur ketidakpastian boleh membawa kepada fasadnya kontrak jual beli barang tersebut.

Qabd (Penguasaan dan Pemilikan)

  • FXDD menggunakan qobd hukmi – penyerahan secara hukum yang berlaku secara elektronik di platform (credit ke akaun nostro) yang diiktiraf oleh majoriti ulama kontemporari sebagai sah dan memenuhi syarat qobd dalam transaksi al-sarf.
  • Transaksi berlaku serta-merta (real-time) sewaktu pelanggan menekan butang beli (buy) atau jual (close), mengelakkan unsur riba nasi’ah penangguhan.
  • Menawarkan akaun margin, swap-free untuk pedagang Muslim bagi mengelakkan pembayaran atau penerimaan faedah haram.
  • Transaksi dilakukan secara spot secara elektronik, mengelak riba nasi’ah.
  • Pendaftaran akaun adalah online dengan prosedur pengesahan identiti ketat dan borang W-8BEN untuk pematuhan cukai Amerika Syarikat.
  • Deposit dan pengeluaran dana melalui bank antarabangsa seperti J.P Morgan di New York.
  • Sistem mengira dan memotong bayaran secara real-time, mengelakkan unsur riba.
  • Platform yang digunakan adalah MetaTrader 4 (MT5 belum wujud ketika kajian).
  • Bab 5.3.3.5 & 5.3.4 – Hukum Jual Beli Matawang Yang Tidak Dilihat & Pending Order

    1. Jual Beli Matawang Tidak Dilihat (Ghaib)

      • Mazhab Hanafi: Sah walaupun tidak melihat barang, pembeli ada hak khiyar bila barang sampai.

      • Mazhab Maliki & Hanbali: Sah jika sifat/ciri barang dinyatakan dengan jelas.

      • Mazhab Syafie:

        • Pendapat 1: Tidak sah sebab ada unsur penipuan.

        • Pendapat 2: Sah jika sifat barang dinyatakan, pembeli boleh khiyar selepas melihat barang.

      • Kesimpulan: FXDD memaparkan semua maklumat (harga, tarikh, resit, keuntungan/rugi) – ini selaras dengan Maliki, Hanbali dan pendapat kedua Syafie. Walaupun tiada serahan fizikal, ia dikira qabd hukmi (pemilikan sah secara hukum) kerana semua maklumat transaksi jelas.

  • Pending Order dalam Forex
    • Pending order disamakan dengan janji harga (muwa’adah), bukan kontrak jual beli sebenar.
    • Pembayaran hanya berlaku bila harga pasaran cecah harga tempahan, dan transaksi (qabd) dibuat serta-merta (realtime).
    • Mazhab Maliki: Muwa’adah dalam al-Sarf (tukaran matawang) dilarang sebab tiada qabd ketika janji dibuat.
    • Mazhab Syafie & sebahagian ulama lain: Harus sebab muwa’adah hanyalah janji, bukan akad.
    • Fatwa Dallah al-Barakah & Kuwait Finance House: Muwa’adah haram jika mengikat kedua-dua pihak (mulzim), tapi harus jika hanya janji tanpa paksaan.

Jadi, Ada Qabd ke Tidak dalam Forex?

  • Ya, ada qabd hukmi, bukan qabd fizikal.

  • Dalam platform seperti FXDD, apabila order dilaksanakan (bukan pending), harga dan jumlah terus dimasukkan/ditolak dari akaun secara serta-merta, jadi ia dikira qabd hukmi yang diharuskan syarak selagi sifat barang (matawang) jelas.

  • Pending order pula belum ada qabd semasa ditempah, tapi bila harga dicapai, qabd berlaku secara realtime.

Leveraj

Leveraj dalam FXDD bukan pinjaman, tetapi kemudahan jaminan yang membolehkan pedagang berdagang dengan modal kecil tetapi risiko kerugian hanya terhad kepada modal sebenar.

  • Leverage hanya untuk akaun mini (modal di bawah USD50,000); akaun lebih tinggi tidak layak leveraj.
  • Kerugian pedagang terhad kepada modal asal (margin deposit).
  • Berbeza dengan pinjaman konvensional kerana tiada caj faedah.
  • Leveraj menyerupai konsep mu’awadah mu’taqah (pertukaran bersyarat), bukan pinjaman berfaedah.

Swap (faedah overnight)

FXDD menyediakan akaun swap-free untuk pedagang Muslim supaya tidak menerima atau membayar faedah yang dilarang.

  • Berdasarkan kemudahan tersebut, bermakna para peniaga trader muslim hanya mendapat keuntungan yang sebenar dari jual beli mereka tanpa mendapat apa-apa dividen berupa premium dari syarikat.
  • Selain itu, kelewatan mempertahankan posisi jualan (sell) melebihi satu hari pun tidak akan dikenakan sebarang kos faedah dari pihak syarikat.
  • Hal ini bertepatan dengan pendapat majoriti ulama fiqh yang bersepakat bahawa wang bunga atau faedah adalah riba dan tidak dibenarkan untuk mengambilnya.
Gambar MetaTrader 4: Swap telah dikecualikan melalui akaun Islamik.

Akad

  • Kontrak berlaku secara elektronik dan diiktiraf sah menurut syariah.
  • Elemen ijab dan qabul tetap wujud dalam bentuk digital.
  • Urus niaga memenuhi syarat qobd (serah terima segera), mengelakkan riba nasi’ah.
  • Pending order adalah janji muwa’adah, bukan kontrak jual beli penuh sehingga harga sasaran tercapai, sesuai pandangan ulama mazhab Syafie.

Riba

  • Urusniaga dijalankan serta-merta, mengelakkan isu riba kerana kelewatan.
  • Swap fee yang menyerupai riba boleh dielakkan dengan akaun swap-free.
  • Kontrak online adalah kontrak bertulis elektronik yang memenuhi syarat mustahinah (tulisan kekal) dan marsumah (tulisan rasmi).
  • Penyerahan berlaku secara real-time tanpa penangguhan, maka tiada riba nasi’ah.
  • FXDD mengelakkan riba al-fadl kerana pertukaran berlaku antara matawang berbeza serta terhindar dari riba nasi’ah oleh settlement segera dan teknologi internet real-time.

Lindung Nilai (Hedging)

Terjadi apabila pedagang membuka dua posisi bertentangan (buy & sell) untuk mengelakkan kerugian akibat pergerakan harga tidak dijangka.

    • Hedging menjadikan margin leverage neutral, dan pedagang boleh buka posisi baharu dengan risiko lebih rendah.

    • Swap dalam Forex:

      • Swap adalah dividen/interest harian yang dikenakan atau dibayar bila posisi dibawa melebihi satu hari (overnight).

      • Buy (long): Mungkin terima dividen.

      • Sell (short): Mungkin dikenakan interest.

      • Contoh pengiraan: Buy 1 lot GBP/USD → terima $0.2/hari; Sell → bayar $0.2/hari.

  • Pandangan Syariah:

    • Majoriti pakar kewangan Islam: Swap dianggap tidak jelas & mirip riba, jadi keuntungan dari swap tidak dibenarkan.

    • Sebahagian ulama: Ada yang membenarkan dengan konsep ijarah, tetapi pandangan ini minoriti.

    • Penulis lebih cenderung kepada pendapat majoriti pakar kewangan forex iaitu menolak keuntungan melalui pendapatan swap lindung nilai, kerana ia termasuk perkara yang tidak jelas.
  • Pengecualian Swap (Islamic Account):

    • FXDD menyediakan akaun bebas swap (swap-free) untuk pedagang Muslim.

    • Pedagang tidak dikenakan dividen atau bunga walaupun posisi dibuka melebihi sehari.

  • Kesimpulan:

    • Lindung nilai (hedging) dibolehkan, tetapi pendapatan swap (interest/dividen) tidak dibenarkan kerana ada unsur riba.

    • Pedagang Muslim wajib guna akaun swap-free untuk elak unsur haram.

Spekulasi vs Judi

  • Spekulasi dengan analisis berasaskan data ekonomi dibenarkan.
  • Spekulasi rawak tanpa ilmu disamakan dengan perjudian, yang haram.
  • Dr Muhammad al-Qorri mengatakan walaupun terdapat kemungkinan kelompok penjudi di Bursa, maka ia bukanlah satu alasan yang kuat untuk menghentikan sebarang bentuk transaksi yang banyak memberi manfaat (al-Barbary 2007:221)
  • Kajian mendapati urusniaga forex di platform FXDD amat jelas perlaksanaannya mengikut hukum akad yang sah di sisi syarak. Pemilikan ekuiti dalam akaun FXDD membolehkan pedagang berkelayakan menjalankan urusniaga forex kerana menepati konsep sebagai ahliyah tasarruf.

Hedging-Spekulasi (ni RAMAI confuse)

  1. Tujuan Hedging:

    • Dibenarkan jika bertujuan melindungi nilai dan meminimumkan risiko.

    • Dilarang jika tujuan utama adalah meraih keuntungan dari pergerakan harga.

  2. Hedging di Platform FXDD:

    • Terjadi bila pedagang membuka dua posisi bertentangan pada pasangan matawang yang sama.

    • Menjadikan margin leverage neutral dan melindungi daripada kerugian akibat pergerakan harga tak dijangka.

  3. Pandangan Syariah:

    • Majoriti pakar syariah-forex menolak hedging yang dibuat untuk mencari keuntungan, bukan perlindungan risiko.

  4. Spekulasi dalam Forex:

    • Dibenarkan jika berdasarkan analisis & indikator, kerana risiko boleh dikira.

    • Haram jika spekulasi dibuat secara membabi-buta, kerana menyerupai perjudian.

  5. Spekulasi dalam Forex: Boleh ke Tidak?
    • Boleh (Harus)

    • Jika spekulasi dibuat berdasarkan analisis teknikal/fundamental yang jelas, bukan sekadar teka-teki.

    • Risiko boleh diukur dan keputusan dibuat dengan ilmu, bukan perjudian.

  6. Tidak Boleh (Haram)

    • Jika spekulasi dibuat secara membabi-buta tanpa asas, sama seperti berjudi.

    • Jika ada unsur riba (swap), gharar (ketidakpastian melampau), atau maysir (perjudian).

  • Kesimpulan:
    Spekulasi dibenarkan dalam forex selagi ia dilakukan secara profesional dan berasaskan analisis, bukan nasib atau untung-untungan.

Cadangan oleh Pengkaji

  • Ulama perlu mengeluarkan fatwa lebih jelas mengenai forex atas talian.
  • Cadangan penubuhan Lembaga Syariah untuk platform dagangan.
  • Institusi kewangan Islam digalakkan membina platform forex patuh syariah.
  • Pelaksanaan prinsip Islam dilakukan secara tadarruj (berperingkat).

Kesimpulan

Forex di platform seperti FXDD boleh menjadi patuh syariah jika kontrak dan syarat seperti penyelesaian segera, tiada riba, tiada spekulasi haram dipatuhi.

Hukum Islam mampu menyesuaikan dengan teknologi kewangan moden asalkan prinsip asas seperti menghindari riba, gharar, dan maysir dijaga.

Pendidikan trader dan pemantauan institusi penting untuk menjaga kepentingan pelabur Muslim.

Kajian ini juga ada menyertakan lampiran termasuk contoh borang pendaftaran pelanggan FXDD dengan pengesahan identiti dan borang W-8BEN bagi pematuhan cukai Amerika Syarikat, membuktikan urusan pembukaan akaun adalah teratur dan pernah sah dari segi undang-undang antarabangsa dan domestik.

Qabd hukmi dalam forex online trading /Yadan bi Yadin / Serah dan Terima
Qabd hukmi dalam forex online trading / Yadan bi Yadin / Serah dan Terima (LIHAT LAMPIRAN2 DALAM KAJIAN)

 

TERIMA KASIH kepada Tuan Mohd Zaki Bin Zainol, “Urusniaga Matawang Asing di Platform Forex Exchange Direct Dealer (FXDD): Satu Analisis Fiqh dan Transaksi Undang-Undang Islam,” Universiti Utara Malaysia, 2012. LINK

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *