Trader kripto Malaysia wajib tahu cara lapor cukai LHDN, beza guna HATA berlesen dan Binance Global (VPN sebab kena ban di Malaysia), serta dokumentasi transaksi. Fahami cara elak penalti cukai.
Panduan Cukai Trader Kripto di Malaysia: HATA vs Binance Global (VPN)
Dagangan kripto semakin berkembang di Malaysia walaupun kawalannya ketat. Dengan wujudnya HATA (Digital Asset Exchange berlesen di bawah SC Malaysia), ramai trader mula berpindah ke platform rasmi seperti Luno, MX Global, SINEGY, dan Tokenize. Namun, masih ada yang menggunakan Binance Global dengan VPN kerana pilihan aset lebih luas dan yuran lebih rendah. Bagaimana pula dengan cukai LHDN? Perlu daftar SSM? Bagaimana dokumentasi transaksi?
Artikel ini membongkar nasihat cukai untuk trader kripto, termasuk contoh dokumentasi bagi mereka yang trade di HATA dan Binance.
1. Status Cukai Kripto di Malaysia
Malaysia belum mengenakan capital gain tax ke atas keuntungan jual beli kripto. Namun, LHDN boleh mengenakan cukai jika anda dianggap menjalankan aktiviti perdagangan (trading) secara aktif, sama seperti bisnes.
-
Mining, staking, atau yield farming: Pendapatan dianggap taxable.
-
Trading pasif (beli dan simpan): Belum ada cukai, tetapi rekod tetap diperlukan.
2. Perbezaan HATA Berlesen vs Binance Global
-
HATA Berlesen (Contoh: Luno Malaysia):
-
Semua transaksi direkod dengan jelas dan mematuhi undang-undang Malaysia.
-
Anda boleh memuat turun penyata transaksi terus dari platform untuk LHDN.
-
-
Binance Global (VPN):
-
Tidak berlesen di Malaysia. Anda perlu print laporan transaksi manual (CSV/Excel) untuk bukti keluar masuk.
-
Guna VPN adalah risiko sendiri, tetapi dari segi cukai, profit tetap taxable jika dianggap sumber pendapatan aktif.
-
3. Perlu Daftar SSM?
-
Tidak perlu: Jika hanya beli-jual kripto secara peribadi.
-
Wajar daftar: Jika anda berniaga kripto, menjadi signal provider, atau menjalankan servis P2P exchange sendiri. Selain itu, anda ada membuat servis konsultansi untuk Wallet & Security di mana anda ajar cara simpan kripto selamat.
4. Dokumentasi Asas untuk LHDN (Kripto)
-
Rekod Deposit & Withdrawal:
-
Dari bank Malaysia ke HATA atau Binance (gunakan resit bank).
-
-
Rekod Trade:
-
Simpan CSV transaksi (pair, harga, tarikh).
-
-
Rekod Konversi Kripto → Fiat:
-
Bukti nilai ketika ditukar semula ke MYR.
-
-
Spreadsheet Profit/Loss:
-
Senarai untung rugi bulanan.
-
5. Borang Cukai yang Perlu Diisi
-
Borang BE: Jika anda hanya trade sebagai individu.
-
Masukkan profit kripto sebagai “pendapatan lain-lain” (jika aktif trade).
-
-
Borang B: Jika anda daftar SSM, anda boleh claim kos transaksi, caj network fee, kos internet, dan kursus trading sebagai perbelanjaan bisnes.
-
Kod 62090 – Perkhidmatan Teknologi Maklumat Lain.
(Untuk platform signal kripto, jual panduan, atau copy trading service).
-
6. Tips Elak Masalah Dengan LHDN
-
Simpan bukti setiap transaksi 7 tahun.
-
Jangan masuk wang besar tanpa rekod, kerana LHDN boleh kesan transaksi bank.
-
Jika anda guna Binance Global dengan VPN, pastikan laporan transaksi disimpan, kerana platform ini tidak menyediakan dokumen rasmi Malaysia.
Kesimpulan
Trader kripto di Malaysia, sama ada guna HATA atau Binance dengan VPN, perlu bertanggungjawab dalam dokumentasi transaksi. Walaupun tiada cukai khusus untuk capital gain kripto, pendapatan aktif (mining, staking, trading harian) boleh dikenakan cukai jika melebihi threshold. Daftar SSM hanya perlu jika anda berniaga kripto secara komersial.
Links:
Daftar HATA guna link saya.
Daftar Binance guna link saya.

Mommy Trader. Aset pilihan utama ialah Metal. Ada sistem sendiri; ringkas tapi disiplin. Saya percaya rezeki datang bersama usaha yang jujur Jom kerja keras!