Kalau ATH tu adalah ATH yang “breakout” besar dari struktur lama, atau ATH selepas bertahun-tahun tak dicapai, ada kemungkinan harga memang terus terbang tanpa pullback besar. Jadi kita pun rasa, “Alaa… rugi pula tak beli masa breakout tu.”
Tapi sabar dulu. Jom bongkar strategi terbaik untuk elak jadi mangsa floating loss!
💡 Apa Yang Anda Patut Tahu?
1. Tak Semua ATH Akan Terus Terbang
Walaupun ada kes di mana harga tak pandang belakang selepas breakout (contohnya saham teknologi besar atau Bitcoin masa bull run), majoriti aset tetap akan buat retracement.
Pasaran sentiasa bergerak dalam gelombang iaitu naik, berehat, baru naik semula.
Kalau terlepas satu ‘train’, akan ada stesen seterusnya. Pasaran tak pernah tamat.
2. Tanya Diri: Anda Investor atau Trader?
Kalau anda investor jangka panjang:
Masuk pada ATH mungkin boleh diterima jika anda yakin aset itu akan naik 5-10x dalam 3-5 tahun. Dalam kes ini, strategi dollar-cost averaging (DCA) boleh digunakan supaya anda tak risau sangat harga jangka pendek.
Kalau anda trader:
Masuk di ATH tanpa pullback sangat berisiko. Lebih baik tunggu setup kemas. Contoh mungkin breakout retest, atau pullback ke struktur asal. Hal ini supaya risk-reward ratio lebih selamat.
3. Tengok Volume & Konteks Market
Kalau ATH tu ditembusi dengan volume yang besar dan momentum kuat, mungkin itu petanda institusi sedang masuk.
Tapi kalau volume biashe-biashe, kemungkinan ATH palsu pun tinggi (false breakout).
4. Gunakan Entry Bertingkat
Daripada masuk sekali gus, buat strategi “scaling in” iaitu masuk sebahagian kecil bila breakout, tambah bila ada retest, dan tambah lagi bila ada pullback kecil. Ini kurangkan risiko beli terlalu tinggi.
5. Peluang Sentiasa Datang
Ingat, dalam dunia pelaburan:
“Opportunities are like buses. If you miss one, another will come.”
Yang penting bukan beli murah atau mahal, tapi beli dengan pelan yang jelas dan tahu bila nak keluar jika salah.
✅ Nasihat Akhir
Jangan takut terlepas peluang. Tak beli hari ini bukan bermaksud rugi. Tapi beli tanpa pelan, itu baru rugi sebenar.
Kalau anda yakin dengan potensi aset tu, tunggu peluang masuk yang lebih selamat. Kalau ia betul-betul kukuh dan bernilai, akan ada banyak lagi entry point lain selepas ni. Jangan biarkan FOMO menguasai strategi anda.
Kesabaran + Ilmu = Kekayaan jangka panjang.

Mommy Trader. Aset pilihan utama ialah Metal. Ada sistem sendiri; ringkas tapi disiplin. Saya percaya rezeki datang bersama usaha yang jujur Jom kerja keras!