Category: Tutorial

  • Beza Sektor, Industry, Theme.

    Ramai screen saham tapi tak kisah pun pasal beza ni. Letak je semua filter, tekan scan, tunggu result.

    Tapi bila kita faham struktur ni, kita tahu kenapa sesuatu saham masuk senarai kita. Bukan main tembak je.

    Sektor tu luas. Technology, Healthcare, Energy, ni kategori paling atas. Industry pulak spesifik sikit, dia subset dalam sektor. Semiconductors tu industry. Dia duduk dalam Technology.

    Theme lain. Theme bukan struktur tapi dia narrative. AI, EV, Blockchain. Satu saham boleh masuk banyak theme serentak. NVDA contohnya, dia Semiconductors dari segi industry, tapi masuk theme AI, theme Semiconductors, tema data center sekali.

    Sebab tu bila screen ikut Theme, kita sebenarnya screen ikut story pasaran, bukan sekadar mana syarikat tu duduk dalam ekonomi.

    Soal dia: kita nak ikut struktur, atau ikut narrative?

    Jawapan dia bergantung kat apa kita nak buat dengan saham tu.

    Kalau nak faham ekonomi secara broad, sector rotation, mana duit besar mengalir quarter ni, awak should guna Sektor. Tengok mana yang outperform, mana yang dah start lesu.

    Kalau nak drill down, nak tahu siapa competitor dalam ruang yang sama, nak compare apple-to-apple, awak guna Industry. Semiconductors lawan Semiconductors.

    Bukan semiconductor lawan cloud software.

    Tapi kalau nak tangkap momentum, nak masuk dalam hype cycle sebelum orang ramai perasan, Theme lah yang lebih relevant. Sebab pasaran bergerak ikut cerita dulu, baru fundamentals ikut.

    Atau kadang fundamentals tak pernah ikut pun. Tapi harga dah naik.

    Masalahnya theme boleh jadi noise kalau tak ada filter lain. Semua orang masuk theme AI, tapi bukan semua saham dalam theme tu layak. Ada yang ikut nama je.

    Jadi apa cara yang paling praktikal?

    Start dengan Theme untuk tahu kat mana energy pasaran sekarang, pastu guna Industry untuk narrow down kepada syarikat yang betul-betul dalam bisnes tu, bukan sekadar label.

    Struktur untuk context. Narrative untuk timing.

    Boleh? Boleh?

    Sekarang, awak cuba la bermain2 filter kat Finviz, alat favorite saya tuh 🙂