Rule baru dah tak perlu ada $25,000 minimum dalam account equities US, atau kena limit 3 trades dalam 5 hari.
14 April 2026, U.S. Securities and Exchange Commission secara rasmi meluluskan SR-FINRA-2025-017. Bukan cadangan. Bukan “akan datang.” Approved.
PDT rule telah terhapuskan sepenuhnya…dari akar!
Ciri / Feature
Rule Lama (PDT, sejak 2001)
Rule Baru (2026, diluluskan SEC/FINRA)
Minimum Akaun untuk Day Trade
$25,000
❌ Tiada minimum tetap (PDT dihapuskan)
Had Dagangan Harian
Maksimum 3 dagangan / 5 hari bekerja jika < $25K
❌ Tiada had berdasarkan modal
Intraday Leverage
Sehingga 4x (bergantung broker)
Bergantung kepada sistem kawalan risiko broker; leverage tetap broker-dependent
Pengiraan Margin
Berdasarkan baki hari sebelumnya
Margin intraday berasaskan akaun secara real-time
Penyelesaian Segera (Instant Settlement)
Ya (≥ $25K)
Ikut clearing standard; PDT tiada lagi
Designasi PDT
Diperlukan untuk day trader aktif
❌ Dihapuskan
Pemantauan Risiko
Statik, rule-based
✅ Kawalan risiko masa nyata oleh broker
Tempoh Pelaksanaan
Sudah aktif
Broker implementasi secara berperingkat; rule sah bila dilaksanakan
Pertama, definisi “pattern day trader” tu sendiri. Kalau kau buat 4 atau lebih day trades dalam 5 hari sebelum ni, kau kena label PDT dan kena maintain $25,000. Label tu, dan syarat tu, tidak wujud lagi.
Kedua, syarat $25,000 minimum equity. Gone.
Ketiga, konsep “day-trading buying power”, iaitu cara broker kira limit trading kau berdasarkan equity hari sebelum. Semua tu dibuang.
Keempat, $2,000 menjadi minimum untuk buka margin account, bukan threshold PDT.
Apa yang wujud sekarang ni hanyalah intraday margin standard, iaitu broker akan monitor exposure kau secara real-time.
Kalau kau ada position terbuka dan kau create deficit dalam margin, broker boleh block trade atau minta kau settle deficit tu secepat mungkin.
Sistem baru bergantung kepada risiko sebenar kau pada masa tu, bukan kepada berapa banyak trades yang kau buat dalam seminggu. Real-time pantau u!
Kenapa rule lama tu pun sebenarnya bahaya
Ada ironi yang ramai tak sedar. Rule yang direka untuk protect retail traders sebenarnya push mereka ke tempat yang lebih berisiko.
Kalau account kau bawah $25K, kau ada dua pilihan je: sama ada stop day trade, atau cari platform lain yang tak kena PDT.
That’s why trader lari trade kat offshore. Contoh seperti futures, forex offshore, crypto. Bukan sebab dorang nak leverage tinggi. Sebab nak kebebasan execute tanpa kena restrict.
Result dia?
Retail traders yang paling kecil modal lah yang paling perlu protection, tapi tersadai ke platform yang lagi kurang dikawal selia. Rule yang sepatutnya jaga dorang ended up buat keadaan lagi teruk. Salah satu sebab, high counterparty risk kerana being tidak regulated.
SEC sendiri dalam dokumen kelulusan tu acknowledge benda ni. Mereka sebut bahawa rule lama kadang paksa trader kekal dalam position yang rugi, semata-mata tak nak trigger PDT designation.
Implementation: Jangan assume terus boleh guna esok
Walaupun rule dah approved hari ni, implementation bukan serta-merta seragam. FINRA akan keluarkan Regulatory Notice, lepas tu broker ada 45 hari untuk apply rule baru, dengan phase-in period sehingga 18 bulan untuk broker yang perlukan masa lebih untuk update sistem.
Maksudnya: ada broker yang akan gerak cepat, ada yang lambat. Semak terus dengan broker masing2, sama ada IBKR, Webull, Moomoo, atau mana-mana platform untuk trade US equities.
Untuk trader Malaysia
Rule change ni bermakna US equities sekarang jauh lebih accessible untuk trader modal kecil yang nak masuk market yang paling liquid di dunia.
Al-maklum, sekarang ni healthy trend. JPM pun duk kata bullish.
Barrier $25K yang selama ni jadi tembok tu, dah takde.
Cuma, satu perkara yang tak berubah langsung: leverage tetap broker-dependent.
Caveat untuk trader Muslim/ Shariah-conscious?
Isu bukan pada access, tapi pada struktur. Margin account tetap melibatkan pinjaman dari broker. Kalau ada overnight charge atau financing cost, isu riba masih relevan.
Kalau kau nak explore ini, tanya broker kau dulu: ada Islamic account atau tiada? Ada interest untuk intraday position yang close sebelum market tutup?
Access yang lebih luas bukan automatik bermakna halal. Structure tetap penentu.
Kesimpulan, Edge > akses.
Market yang lebih accessible bermakna lebih ramai akan masuk. Volume naik, liquidity naik, tapi volatility pun naik, terutama small caps dan momentum plays. Lebih banyak peluang, tapi lebih banyak noise juga.
Kalau tak ada risk management, position sizing yang betul, stop loss yang konsisten, rule change ni actually just bagi jalan lebih laju untuk blow account.
Market yang ramai participants bermakna lebih noise, lebih fakeouts, lebih traps. Sesiapa yang masuk sebab excited rule dah tukar tapi skills masih sama, outcomes pun akan sama jugak.
Saya tetap cadangkan paper trade atau simulator dulu. Work on edge first, then baru real money.
Foxwood 4S Model adalah framework klasik untuk bina anything with strong foundation. Empat S nya; Structure, Systems, Skills, dan Strategy. Tapi aku rasa ada satu lagi S -> Stamina.
Empat S yang asal
Structure ni macam tulang ikan. Macam mana kau organize kerja, peranan, dan macam mana keputusan dibuat. Tanpa structure, semua benda jadi kucar kacir.
Systems buat structure tu hidup dan boleh repeat. High turnover, tapi SOP, automasi, workflow tetap jalan. Systems yang baik bermakna kerja tetap boleh jalan walaupun kau/staf tak ada.
Skills adalah kompetensi. Structure cantik dan systems canggih jadi deko je kalau tak ada kompetensi. Saya sentiasa percaya kompetensi datang daripada kuantiti.
Strategi adalah gol. Nak ke mana dan kenapa. Tanpa dia, kau asyik chase, tengok trek orang sebelah, kau FOMO. Kau sendiri yang menjauhkan KAU dari destinasi.
S kelima – Stamina
Aku tengok ramai yang ada 4S asal. Tapi mereka rebah sebab tak ada stamina. Jadi, tak boleh nak maintain. Push terlalu kuat di awal, lupa rehat, lupa jaga badan, lupa keluarga, lupa prioriti.
Stamina adalah keupayaan untuk terus jalan bila momentum semakin hilang dan hasil belum nampak. Termasuk burnout.
Stamina datang dari tidur cukup, makan yang menyokong otak dan badan, pergerakan harian, hubungan dengan orang tersayang, dan yang paling penting, hubungan dengan Pencipta.
Stamina is not optional. Kalau aku push terlepas waktu solat sebab terlalu fokus pada chart, apa pun yang aku bina sebenarnya tidak bermakna.
Kenapa Stamina layak jadi S kelima
Semua 4S tadi tu memang mintak tenaga!
Tenaga fizikal, tenaga mental, tenaga emosi, dan tenaga spiritual.
Itu lah stamina.
Kalau stamina tak ada, ada 4S pun boleh jadi macam cerita arnab dan kura2. Si arnab ada 4S, tapi boleh tertidur melepaskan peluang untuk execute. Jadi? Framework tak gagal tapi roboh.
Kerana manusia di belakang framework tu dah habis tenaga.
Dalam trading, trader yang sustain 10, 20 tahun bukan yang paling bijak atau paling agresif.
Mereka yang paling konsisten, yang tahu gerak cara sendiri, yang tak terbakar diri demi satu trade.
Penutup
Cuba tanya soalan ni pada diri sendiri. Pace yang aku bawa sekarang ni, boleh sustain tak untuk 5-20 tahun lagi?
Secara zahir, ramai admire orang yang nampak fit dan high performance, yang champion, macam Mark Minervini (dengan his family).
Tapi kita pun tahu cerita sebelah lagi. Ed Seykota bercerai. Jesse Livermore bunuh diri.
Ni bukan cakap pasal P&L semata-mata, ni cerita pasal pergelutan dalaman yang jarang diTAMPAKKAN.
Kalau quant jadi jawapan untuk selesai 5S, alhamdulillah. Kita boleh guna expand kapasiti lain yang lebih bernilai.
Walaupun begitu, manusia dan edge tetap ada expiry untuk dijaga.
Framework di bawah adalah ekstrak penulis berdasarkan analisa 6 isu Syariah dalam Bab 5 tesis ini, bukan senarai rasmi penyelidik. Tesis bedah 6 isu Syariah secara berasingan dan rumuskan bahawa modus operandi di FXDD “bertepatan dengan kehendak syarak” (Abstrak) bersandarkan konsep al-Sarf.
5 WAJIB (Minimum Must-Have)
1. Akad secara bertulis – Sah Bab 5.3: Akad secara bertulis melalui platform elektronik sah dari sisi muamalat Islam. Ijab-qabul berlaku melalui perbuatan (klik buy/sell) tanpa perlu lafaz lisan. Majoriti fuqaha’ terima bentuk akad mu’athah ini.
2. Spot transaction Bab 5.5: Transaksi mesti berlaku secara spot (T+0 atau T+2), bukan forward. Penyelidik rumuskan transaksi spot melalui internet memenuhi syarat taqabud (serah terima serentak) kerana settlement berlaku secara langsung.
3. Swap-free account Bab 5.7 + Lampiran D: Akaun Islamic yang bebas dari caj swap/overnight interest wajib digunakan. FXDD sediakan borang pengecualian swap untuk pedagang Muslim. Tanpa swap-free account, isu riba nasi’ah timbul.
4. Qabdh hukmi clear Bab 5.5.5: Serah terima konstruktif (qabdh hukmi) diterima dalam muamalat moden. Kredit ke akaun trader = pemilikan berpindah. Ini berdasarkan al-‘urf (adat semasa) dan disokong resolusi OIC Fiqh Academy.
5. Leverage = mu’awadah (margin system) Bab 5.8: Penyelidik argue leverage dalam forex bukan qard (pinjaman). Ia kontrak mu’awadah (timbal balik) sebab tiada interest, tiada repayment obligation, dan margin call potong posisi, bukan chase hutang. Kedua-dua pihak tanggung risiko.
1 OPTIONAL (Tool Tambahan)
6. Hedging (harus jika betul guna) Bab 5.6: Hedging sebagai lindung nilai untuk pengurusan risiko diharuskan. Spekulasi murni tanpa ilmu yang menyerupai pertaruhan dikategorikan sebagai maysir (judi) dan diharamkan. Penyelidik bezakan antara hedging strategik dan spekulasi random.
Bab 5.6 define hedging as:
“Membuka dua arahan (order) berbeza arah dengan kadar yang sama” . Penyelidik cite Robert W. Kolb (1982) untuk definisi ni.
Maksudnya kau buka buy dan sell pada pair yang sama (atau berkaitan) untuk lindung nilai dari pergerakan pasaran yang tak menentu.
Jadi dalam konteks tesis ni, hedging = dua posisi berlawanan. Bukan single trade.
Single trade dengan SL/TP tu bukan hedging. Tu risk management biasa. Masih sah, masih part of “plan/ilmu” dalam framework kita, tapi ia bukan hedging yang penyelidik discuss dalam Bab 5.6.
Contoh hedging yang tesis maksudkan: Kau long EUR/USD, market mula bergerak melawan kau, kau buka short EUR/USD pada kadar yang sama untuk lock position dan prevent further loss. Kedua-dua posisi hidup serentak.
Contoh yang bukan hedging: Kau long EUR/USD dengan SL 30 pips, TP 60 pips. Tu single directional trade dengan risk management. Sah, tapi kategori dia “plan/ilmu”, bukan “hedging.”
So dalam table di bawah, hedging row tu memang refer kepada dua trade berlawanan arah sebagai lindung nilai. Single trade dengan SL/TP jatuh bawah row “Plan/Ilmu.”
Based on tesis ni, hedging dibincangkan sebagai alat lindung nilai, bukan rukun wajib transaksi. Kau boleh trade satu posisi.
Kenapa? Sebab 5 rukun core yang penyelidik analyse tu; akad, spot, swap-free, qabdh hukmi, leverage… semua tu pasal satu trade. Satu buy EUR/USD dengan akad sah, spot execution, swap-free, qabdh hukmi clear, margin mu’awadah. Tu dah cukup. Dah “bertepatan dengan kehendak syarak.”
Hedging masuk bawah Bab 5.6 sebagai isu Syariah tambahan yang penyelidik address sebab ramai orang guna single trade dan nak tahu hukum dia. Penyelidik jawab: Hedging harus, kalau guna betul sebagai risk management. Tapi penyelidik tak kata kau wajib hedge setiap trade. Ia bukan syarat wajib setiap trade.
Analogi simple: SL/TP pun bukan rukun jual beli dalam fiqh. Tapi kau kena ada sebagai part of “plan/ilmu” supaya trade kau bukan judi. Hedging ialah tool yang diharuskan, bukan tool yang diwajibkan.
CONTOH TRADE SAH vs TAK SAH
SAH: Buy EUR/USD @1.0850 (VWAP support, Fib 61.8%), SL 1.0820, TP 1.0910, swap-free account, ada plan dan analysis.
TAK SAH: GBP/JPY martingale 5x loss, “rasa macam nak naik jer,” buy tanpa chart analysis, standard account dengan swap.
ASPEK PERBANDINGAN
Aspek
Trade Sah
Trade Tak Sah
Rujukan
Akad secara bertulis
Buy/sell spot di swap-free account, ijab-qabul jelas via platform
Forward contract atau Buy/sell tanpa analysis, purely ikut rasa/ sentimen.
Bab 5.3
Spot Transaction
Order T+0/T+2 settlement
Hold position dengan rollover fee
Bab 5.5
Swap-free
Islamic account certified, zero overnight charge
Standard account yang charge swap
Bab 5.7
Qabdh Hukmi
Platform confirm position opened, diterima secara konstruktif
Matawang tak masuk akaun / tiada confirmation pemilikan.
Bab 5.5.5
Leverage/Margin
Margin sebagai taqabud mu’awadah, tiada kos interest
Leverage dikenakan interest macam pinjaman
Bab 5.8
Hedging
Hedge position untuk lindung drawdown dengan strategi
Open random buy+sell tanpa tujuan risk management
Bab 5.6
Plan/Ilmu
Ada technical analysis, SL/TP, R:R jelas
“Rasa nak naik” tanpa sebarang analysis
Bab 5 (framework)
Latar Belakang FXDD in detail.
Bab 2.8.2 menjelaskan FXDD ditubuhkan tahun 2002. Anak cabang Compagnie Financière Tradition, sebuah group broker kewangan yang berdiri sejak 1959 di Switzerland dan tersenarai di bursa saham Switzerland dengan kod CFT. Salah satu daripada tiga syarikat broker terbesar dunia dalam pasaran OTC, dan broker nombor satu di benua Eropah. Pejabat utama di 75 Park Place, New York. Regulated oleh NFA (pendaftaran 0397435) dan CFTC dalam kategori Futures Commission Merchant. Tahun 2010 buka pejabat kedua di Malta (K2, First Floor, Forni Complex, Valletta Waterfront) bawah MFSA Category 3 Investment Services License (No. IS148817). Pindah ke Malta sebab peraturan FIFO di US yang limit leverage kepada 1:10 dan ban hedging. Wang pelanggan disalurkan melalui akaun nostro FXDD di J.P. Morgan Bank. Pimpinan group ialah Mr. Emil Assentato. Platform trading guna MetaTrader 4. FXDD sediakan Islamic swap-free account untuk pedagang Muslim, termasuk borang pengecualian swap yang didokumenkan dalam Lampiran D tesis.
US ban CFD ialah isu regulatori; tesis ini pula berhujah pada level struktur fiqh transaksi.
Regulator boleh tolak model pasaran tertentu contoh menolak pasaran OTC seperti ini, (menerima dan accomodate yang boleh diregulate seperti pasaran CME), tanpa semestinya membatalkan hujah fiqh terhadap struktur transaksinya.
Rumus
5 core terpenuhi + ada ilmu/plan logik + execute dengan disiplin = bertepatan dengan kehendak syarak.
Kesimpulan penyelidik dalam Bab 6: Modus operandi di FXDD bertepatan dengan kehendak syarak bagi kategori kontrak urusniaga matawang kertas, bersandarkan konsep al-Sarf yang disepakati cendekiawan Islam kontemporari.
Syarat: guna Islamic account dan patuhi prinsip-prinsip Syariah yang digariskan.
Hedging kekal OPTIONAL. Label dia: “Harus jika digunakan, bukan wajib untuk setiap trade.”
Plan/ilmu tu sebenarnya overarching requirement. Kau kena ada analysis dan strategi supaya trade kau bukan spekulasi murni/judi. Ni yang bezakan trader dan gambler.
Nota Extrapolasi
Tesis ini khusus analisis platform FXDD, bukan ruling umum untuk semua broker. Prinsip-prinsip Syariah yang digariskan boleh di-extrapolate ke broker lain yang mempunyai mekanisme serupa dan menawarkan Islamic account.
Aspek
FXDD (Tesis UUM)
Pepperstone
FxPro
IC Markets
Tahun ditubuhkan
2002
2010
2006
2007
Platform
MetaTrader 4
MT4/5, cTrader
MT4/5, cTrader
MT4/5, cTrader
Regulasi
NFA, MFSA, CFTC
ASIC, FCA, CySEC, DFSA
FCA, CySEC, FSCA, SCB
ASIC, CySEC, FSA, SCB
Islamic Account
Ada (Lampiran D tesis)
Ada
Ada
Ada
Leverage
Tesis sahkan mu’awadah
Sama mekanisme
Sama mekanisme
Sama mekanisme
Qabdh Hukmi
Tesis sahkan sah
Sama, kredit ke akaun
Sama, kredit ke akaun
Sama, kredit ke akaun
Spot Execution
Ya, T+0/T+2
Ya
Ya
Ya
Custodian Bank
J.P. Morgan
Barclays, NAB
Barclays, Citi
Westpac, NAB
Hedging
Dibenarkan (Malta)
Dibenarkan
Dibenarkan
Dibenarkan
Pejabat
New York, Malta
Melbourne, London, Dubai
London, Cyprus, Bahamas
Sydney, Cyprus, Seychelles
Mekanisme CFD
Leveraged, margin-based, no physical delivery
Sama
Sama
Sama
Nota: Tesis UUM (2012) specifically study FXDD. Keempat-empat broker mempunyai contract structure yang serupa: leveraged, margin-based, spot execution, no physical delivery, profit/loss credited terus ke akaun. Prinsip Syariah yang penyelidik clear kan (akad mu’athah, spot transaction, qabdh hukmi, leverage mu’awadah, swap-free) applicable ke broker yang mempunyai mekanisme sama dan menawarkan Islamic account. Perbezaan utama ialah terms Islamic account, ada yang genuinely zero charge, ada yang replace swap dengan admin fee. Trader bertanggungjawab verify terms Islamic account broker masing-masing. Custodian banks untuk Pepperstone, FxPro dan IC Markets berdasarkan maklumat umum dan mungkin berubah.
Penutup dengan Research Viz Summary
Tesis ini adalah kajian akademik (disertasi Sarjana, UUM 2012), bukan fatwa. Ia mewakili pandangan penyelidik berdasarkan analisis fiqh, dan telah dinilai oleh panel termasuk Prof. Dr. Joni Tamkin Borhan.
Flow FXDD-JPM-Trader | Lylytics
Tesis UUM 2012
Flow FXDD-JPM-Trader
Visual ringkas aliran transaksi matawang asing di platform FXDD sebagaimana dihuraikan dan dianalisis dari sudut fiqh dalam tesis Mohd Zaki Zainol (UUM, 2012).
Mohd Zaki Zainol (2012) · Universiti Utara Malaysia · Disertasi Sarjana
👤
Trader
Pelanggan / Pedagang
Islamic / Swap-Free Context
Akad ElektronikBab 3 & 5
🏢
FXDD
Broker / Direct Dealer
Platform Kontrak
Saluran DanaLampiran
🏦
Custodian Bank
Institusi Perbankan Berkaitan
Dokumen Lampiran
Fasa Pembukaan (Langkah 1–5)
Fasa Posisi Aktif (Langkah 6)
Fasa Penutupan & Pengeluaran (Langkah 7–9)
Nota Akademik
Visual ini ialah rumusan analitis berasaskan tesis UUM 2012 dan bukan petikan literal keseluruhan tesis.
Ia bertujuan menerangkan struktur aliran transaksi sebagaimana dihujahkan dalam kajian tersebut,
bukan sebagai fatwa muktamad atau keputusan rasmi semua autoriti Syariah.
Alur Transaksi
9 langkah dari arahan transaksi hingga pengeluaran dana
Fasa Pembukaan
1
Bab 3.2.3 / Bab 5.3Arahan Transaksi Elektronik
Trader menghantar arahan beli atau jual melalui platform dagangan. Dalam analisis tesis,
tindakan ini dibincangkan dalam konteks akad elektronik, termasuk perbahasan
berkaitan akad bertulis dan mu‘athah.
2
Bab 5.3Penerimaan Order oleh Sistem / Broker
Setelah arahan diterima dan diproses oleh platform,
persetujuan kontrak dianggap lengkap menurut kerangka akad yang dibincangkan dalam tesis.
3
Bab 5.5.5Pengesahan Posisi Dibuka
Platform mengesahkan posisi telah dibuka. Dari sudut fiqh, keadaan ini
boleh dihujahkan sebagai bentuk serah terima konstruktif
(qabd hukmi) berdasarkan amalan semasa dan penerimaan uruf pasaran.
4
Bab 5.8Margin & Struktur Leverage
Sejumlah margin diperuntukkan sebagai cagaran atau jaminan bagi posisi yang dibuka.
Dalam analisis tesis, struktur leverage di FXDD dihujahkan tidak semestinya bersifat pinjaman ribawi,
selagi ia tidak menghasilkan unsur faedah yang diharamkan.
5
Bab 5.5 / Bab 5.7Pelaksanaan Urus Niaga Spot
Transaksi dinilai dalam kerangka urus niaga spot.
Tesis menekankan keperluan mengelakkan unsur penangguhan yang menyalahi syarat al-sarf
serta unsur swap / overnight interest yang bercanggah dengan kehendak Syariah.
Fasa Posisi Aktif
6
Bab 5.6Pemantauan Posisi & Lindung Nilai
Sepanjang posisi dibuka, trader memantau pergerakan pasaran dan membuat keputusan pengurusan risiko.
Dalam tesis, hedging dibincangkan sebagai instrumen lindung nilai,
bukan semata-mata spekulasi yang terpisah daripada keperluan kawalan risiko atau transaksi sebenar.
Fasa Penutupan & Pengeluaran
7
Bab 5.5Penutupan Posisi
Trader menutup posisi apabila objektif dagangan atau had risiko tercapai.
Selepas itu, keuntungan atau kerugian direkodkan ke dalam baki akaun dagangan pelanggan.
8
Bab 5.8Pelarasan Margin
Margin yang diperuntukkan untuk posisi tersebut akan diselaraskan semula ke dalam ekuiti akaun pelanggan
setelah posisi ditutup, tertakluk kepada hasil akhir transaksi.
9
Lampiran E / F / GPengeluaran Dana Pelanggan
Trader membuat pengeluaran melalui dokumentasi atau prosedur pengeluaran dana yang dinyatakan dalam lampiran platform.
Tesis turut merujuk kepada saluran pemindahan dana pelanggan,
termasuk dokumentasi berkaitan akaun pemindahan dan hubungan kontrak pelanggan dengan FXDD.
Kitaran transaksi berakhir apabila dana berjaya dipindahkan keluar kepada pelanggan.
Rujukan Lampiran Tesis
Lamp. EDokumen / borang pengeluaran dana pelanggan (funds redemption)
Lamp. FDokumentasi berkaitan saluran pemindahan wang pelanggan ke akaun institusi / custodian berkaitan
Lamp. DDokumen berkaitan pengecualian swap / konteks akaun bebas swap
Lamp. GDokumentasi perjanjian kontrak antara pelanggan dan FXDD
Disclaimer: Fatwa Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 (2012) haramkan individual spot forex melalui platform elektronik. Tesis ini mewakili pandangan akademik yang berbeza. Post ini untuk tujuan pendidikan dan perkongsian ilmu sahaja. Bukan fatwa, bukan nasihat kewangan, bukan nasihat agama. Sila rujuk mufti atau scholar yang berkelayakan untuk panduan peribadi.
You still guna AI macam toys ke? Mintak tuliskan sajak? Curhat? Pujuk diri sendiri sehingga air mata berhenti?
Era summarize email yang kau tak baca tu pun actually dah tamat.
Sekarang kita dah masuk era agentic. Maksudnya, kita guna AI untuk buat kirjaaa!
Apa yang sangat menarik sekarang, solo founder dah boleh compete dengan company ada yang 50 staff. Bukan sebab founder ni rajin, tapi dia ada digital workforce yang jalan 24/7.
Konsep simple je: chatbot = otak tanpa tangan. Boleh cakap tapi tak boleh buat.
AI agent = otak + tangan. Dia boleh reply customer, update CRM, buat invoice, follow up payment. Everything is automatik!
Small bisnes biasanya spend 15–25 jam seminggu untuk staf buatkan kerja boring. Contohnya: copy paste data, sync platform, follow up.
According to data, agentic workflow boleh cut 40% masa tu. Dua hari seminggu kau dapat balik.
Tapi tak lah terus automate semua. Nanti hancur.
Start dengan satu kerja paling annoying, tulis step-by-step, automate satu step dulu. Lepas tu scale.
Yang paling penting, kita dah lama sewa tools orang. CRM $50, email tool $30, project manager $100. Now, you dah boleh build sendiri.
Ramai founders kat Malaysia ni, I percaya, ramai lagi tak sentuh lagi aspek marketing paling function iaitu menerusi emel. Ini termasuk diri saya sendiri.
Ramai screen saham tapi tak kisah pun pasal beza ni. Letak je semua filter, tekan scan, tunggu result.
Tapi bila kita faham struktur ni, kita tahu kenapa sesuatu saham masuk senarai kita. Bukan main tembak je.
Sektor tu luas. Technology, Healthcare, Energy, ni kategori paling atas. Industry pulak spesifik sikit, dia subset dalam sektor. Semiconductors tu industry. Dia duduk dalam Technology.
Theme lain. Theme bukan struktur tapi dia narrative. AI, EV, Blockchain. Satu saham boleh masuk banyak theme serentak. NVDA contohnya, dia Semiconductors dari segi industry, tapi masuk theme AI, theme Semiconductors, tema data center sekali.
Sebab tu bila screen ikut Theme, kita sebenarnya screen ikut story pasaran, bukan sekadar mana syarikat tu duduk dalam ekonomi.
Soal dia: kita nak ikut struktur, atau ikut narrative?
Jawapan dia bergantung kat apa kita nak buat dengan saham tu.
Kalau nak faham ekonomi secara broad, sector rotation, mana duit besar mengalir quarter ni, awak should guna Sektor. Tengok mana yang outperform, mana yang dah start lesu.
Kalau nak drill down, nak tahu siapa competitor dalam ruang yang sama, nak compare apple-to-apple, awak guna Industry. Semiconductors lawan Semiconductors.
Bukan semiconductor lawan cloud software.
Tapi kalau nak tangkap momentum, nak masuk dalam hype cycle sebelum orang ramai perasan, Theme lah yang lebih relevant. Sebab pasaran bergerak ikut cerita dulu, baru fundamentals ikut.
Atau kadang fundamentals tak pernah ikut pun. Tapi harga dah naik.
Masalahnya theme boleh jadi noise kalau tak ada filter lain. Semua orang masuk theme AI, tapi bukan semua saham dalam theme tu layak. Ada yang ikut nama je.
Jadi apa cara yang paling praktikal?
Start dengan Theme untuk tahu kat mana energy pasaran sekarang, pastu guna Industry untuk narrow down kepada syarikat yang betul-betul dalam bisnes tu, bukan sekadar label.
Struktur untuk context. Narrative untuk timing.
Boleh? Boleh?
Sekarang, awak cuba la bermain2 filter kat Finviz, alat favorite saya tuh 🙂
I had gone through a lot of research about strategies. The thing is that, strategies yang ada di tradingview or metatrader or whatever platforms out there, takkan ever enough to help such trader like me make precise unscared decision.
There is always amount of scareness yang akan mengganggu-gugat trading decisions. Padahal, it is just setting mindset yang betul. Which is R mindset. For example, if you see the upside has bigger potential, then you take care of the downside. Easier to say than done.
Tapi benda ni possible jika actually ingrained habit per habit dengan betul. For example, setting a stop loss is a healthy habit. But ini pun ramai yang tak buat bila mereka entry. Lepas tu, nak salahkan aset contohnya forex bila kereta rosak. Padahal, kereta tu dah lama pakai kat lebih 10 tahun. A research firm from Switzerland guna CFD Forex untuk hedge fund dengan AUM about $XX million ya.
But again, my emotion is not always stable or as strong as a systemic approach. Discretionary trading memang I tak setuju to do forever, and because the automated approach pun ada expiry. But any cycle memang tak lari jauh dari Oliver Kell’s price cycle punya concept. Kena pegang kuat sebab apa yang mencabar ialah bila assets menjadi volatile sampai buat pattern yang menyakitkan hati seperti megaphone atau you choose intraday as entry or KPI, memang harus tinggi readiness untuk tampung fakeouts.
Yesterday, as I checked through and through, alhamdulillah, Allah bagi correlations yang amat best untuk saya study. I discovered on Friday. Sabtu Ahad test lagi. The next week, nak beli challenge untuk trade sambil forward test. An edge always ada expiry, according to Dr Jim Simons. But this one, I hope, stands timeless.
Discovery is not equal to profitability. Maka, saya harap ilmu ini berkesan untuk print money di samping tidak lagi membuat saya ada hesistation untuk execute from mininum to full margin. Full margin bukan praktis yang baik, but I make an exception in some arenas like Simulation as long as the capital is OPM. Execution beats discovery.
Banyak sangat methodologies utk filter saham US mana yang halal sampaikan ada beberapa startups that can result saham contoh $RLMD ni shariah dan non-shariah.
Of course saya akan pilih startup yang longgar tapi green-light sebab kata dah ikut AAIOFI standard.
Harap ada lah yang dpt menyatukan semua under filter dari semua website finances, data segar per quarter dgn bayaran $5/m dgn HTML selectors yang terpantau.
Manakala utk kripto, hanya satu startup boleh keluarkan compliance dalam masa pantas gila! Iaitu dari Pakistan.
Pakistan sebuah negara yang sangat welcoming travelers tapi agak corrupted tapi anak muda belia banyak otak geliga, English speaking macam London native, majoriti hijrah ke luar negara untuk bina impian mereka secara bergenerasi.
As far as I research kan, halal markets mostly outperforms non-compliant and this is according to AmalInvest.
Apa yang SANGAT menarik, Halal solutions at market-level trading is still at infancy. Contohnya, platform Darwin jual index performance tapi bila I nak filter index yang mengandungi assets yang halal, tak boleh.
I emel the support to help me out on this. But mereka jawab seperti di bawah and I dah agak dah sbb feature takkan dibuat tanpa demand.
Muslim kena start demand.
What I want to say is, halal solution dengan Muslim traders gaps sangat, and Muslim trade users popularity is about 1.8 billion.
Nak automation tapi masih memilih manual entries kerana nak kan full control.
Sepatutnya, dengan automation, kita boleh dapat LESS control. Konon2, Less is More?
Tak adanya. Manusia suka More tapi perlulah More yang semakin baik, semakin efektif dan berkualiti at least, kurang secara KETARA dari mengulangi kesilapan lampau.
Sebab Less is the best, tapi More dia kat mana nanti? More dia adalah pada SCALING. Kerja nak maintain the scale, is THE MORE yang bagus. Bukan pada Tambah kan More-ness yang mediocre lagi. Nampak busy itu dah bagus tapi ada yang lagi bagus iaitu scaling the deep work itu yang lebih susah tapi lebih baik dalam jangka masa yang panjang.
Harapnya ada lah nanti jalannya iaitu so far, yang saya fikir adalah melalui jalan haptic iaitu men-decide keputusan PENTING contoh macam execute a trade dalam decision window yang paling pendek. Ni perlukan total different way from what exists now. But I will do a brutal reality check later after I achieve my goal.