Rule baru dah tak perlu ada $25,000 minimum dalam account equities US, atau kena limit 3 trades dalam 5 hari.
14 April 2026, U.S. Securities and Exchange Commission secara rasmi meluluskan SR-FINRA-2025-017. Bukan cadangan. Bukan “akan datang.” Approved.
PDT rule telah terhapuskan sepenuhnya…dari akar!
| Ciri / Feature | Rule Lama (PDT, sejak 2001) | Rule Baru (2026, diluluskan SEC/FINRA) |
|---|---|---|
| Minimum Akaun untuk Day Trade | $25,000 | ❌ Tiada minimum tetap (PDT dihapuskan) |
| Had Dagangan Harian | Maksimum 3 dagangan / 5 hari bekerja jika < $25K | ❌ Tiada had berdasarkan modal |
| Intraday Leverage | Sehingga 4x (bergantung broker) | Bergantung kepada sistem kawalan risiko broker; leverage tetap broker-dependent |
| Pengiraan Margin | Berdasarkan baki hari sebelumnya | Margin intraday berasaskan akaun secara real-time |
| Penyelesaian Segera (Instant Settlement) | Ya (≥ $25K) | Ikut clearing standard; PDT tiada lagi |
| Designasi PDT | Diperlukan untuk day trader aktif | ❌ Dihapuskan |
| Pemantauan Risiko | Statik, rule-based | ✅ Kawalan risiko masa nyata oleh broker |
| Tempoh Pelaksanaan | Sudah aktif | Broker implementasi secara berperingkat; rule sah bila dilaksanakan |
Pertama, definisi “pattern day trader” tu sendiri. Kalau kau buat 4 atau lebih day trades dalam 5 hari sebelum ni, kau kena label PDT dan kena maintain $25,000. Label tu, dan syarat tu, tidak wujud lagi.
Kedua, syarat $25,000 minimum equity. Gone.
Ketiga, konsep “day-trading buying power”, iaitu cara broker kira limit trading kau berdasarkan equity hari sebelum. Semua tu dibuang.
Keempat, $2,000 menjadi minimum untuk buka margin account, bukan threshold PDT.
Apa yang wujud sekarang ni hanyalah intraday margin standard, iaitu broker akan monitor exposure kau secara real-time.
Kalau kau ada position terbuka dan kau create deficit dalam margin, broker boleh block trade atau minta kau settle deficit tu secepat mungkin.
Sistem baru bergantung kepada risiko sebenar kau pada masa tu, bukan kepada berapa banyak trades yang kau buat dalam seminggu. Real-time pantau u!
Kenapa rule lama tu pun sebenarnya bahaya
Ada ironi yang ramai tak sedar. Rule yang direka untuk protect retail traders sebenarnya push mereka ke tempat yang lebih berisiko.
Kalau account kau bawah $25K, kau ada dua pilihan je: sama ada stop day trade, atau cari platform lain yang tak kena PDT.
That’s why trader lari trade kat offshore. Contoh seperti futures, forex offshore, crypto. Bukan sebab dorang nak leverage tinggi. Sebab nak kebebasan execute tanpa kena restrict.
Result dia?
Retail traders yang paling kecil modal lah yang paling perlu protection, tapi tersadai ke platform yang lagi kurang dikawal selia. Rule yang sepatutnya jaga dorang ended up buat keadaan lagi teruk. Salah satu sebab, high counterparty risk kerana being tidak regulated.
SEC sendiri dalam dokumen kelulusan tu acknowledge benda ni. Mereka sebut bahawa rule lama kadang paksa trader kekal dalam position yang rugi, semata-mata tak nak trigger PDT designation.
Implementation: Jangan assume terus boleh guna esok
Walaupun rule dah approved hari ni, implementation bukan serta-merta seragam. FINRA akan keluarkan Regulatory Notice, lepas tu broker ada 45 hari untuk apply rule baru, dengan phase-in period sehingga 18 bulan untuk broker yang perlukan masa lebih untuk update sistem.
Maksudnya: ada broker yang akan gerak cepat, ada yang lambat. Semak terus dengan broker masing2, sama ada IBKR, Webull, Moomoo, atau mana-mana platform untuk trade US equities.
Untuk trader Malaysia
Rule change ni bermakna US equities sekarang jauh lebih accessible untuk trader modal kecil yang nak masuk market yang paling liquid di dunia.
Al-maklum, sekarang ni healthy trend. JPM pun duk kata bullish.
Barrier $25K yang selama ni jadi tembok tu, dah takde.
Cuma, satu perkara yang tak berubah langsung: leverage tetap broker-dependent.
Caveat untuk trader Muslim/ Shariah-conscious?
Isu bukan pada access, tapi pada struktur. Margin account tetap melibatkan pinjaman dari broker. Kalau ada overnight charge atau financing cost, isu riba masih relevan.
Kalau kau nak explore ini, tanya broker kau dulu: ada Islamic account atau tiada? Ada interest untuk intraday position yang close sebelum market tutup?
Access yang lebih luas bukan automatik bermakna halal. Structure tetap penentu.
Kesimpulan, Edge > akses.
Market yang lebih accessible bermakna lebih ramai akan masuk. Volume naik, liquidity naik, tapi volatility pun naik, terutama small caps dan momentum plays. Lebih banyak peluang, tapi lebih banyak noise juga.
Kalau tak ada risk management, position sizing yang betul, stop loss yang konsisten, rule change ni actually just bagi jalan lebih laju untuk blow account.
Market yang ramai participants bermakna lebih noise, lebih fakeouts, lebih traps. Sesiapa yang masuk sebab excited rule dah tukar tapi skills masih sama, outcomes pun akan sama jugak.
Saya tetap cadangkan paper trade atau simulator dulu. Work on edge first, then baru real money.
Sumber: https://www.sec.gov/files/rules/sro/finra/2026/34-105226.pdf
Leave a Reply