Foxwood 4S Model adalah framework klasik untuk bina anything with strong foundation. Empat S nya; Structure, Systems, Skills, dan Strategy. Tapi aku rasa ada satu lagi S -> Stamina.
Empat S yang asal
Structure ni macam tulang ikan. Macam mana kau organize kerja, peranan, dan macam mana keputusan dibuat. Tanpa structure, semua benda jadi kucar kacir.
Systems buat structure tu hidup dan boleh repeat. High turnover, tapi SOP, automasi, workflow tetap jalan. Systems yang baik bermakna kerja tetap boleh jalan walaupun kau/staf tak ada.
Skills adalah kompetensi. Structure cantik dan systems canggih jadi deko je kalau tak ada kompetensi. Saya sentiasa percaya kompetensi datang daripada kuantiti.
Strategi adalah gol. Nak ke mana dan kenapa. Tanpa dia, kau asyik chase, tengok trek orang sebelah, kau FOMO. Kau sendiri yang menjauhkan KAU dari destinasi.
S kelima – Stamina
Aku tengok ramai yang ada 4S asal. Tapi mereka rebah sebab tak ada stamina. Jadi, tak boleh nak maintain. Push terlalu kuat di awal, lupa rehat, lupa jaga badan, lupa keluarga, lupa prioriti.
Stamina adalah keupayaan untuk terus jalan bila momentum semakin hilang dan hasil belum nampak. Termasuk burnout.
Stamina datang dari tidur cukup, makan yang menyokong otak dan badan, pergerakan harian, hubungan dengan orang tersayang, dan yang paling penting, hubungan dengan Pencipta.
Stamina is not optional. Kalau aku push terlepas waktu solat sebab terlalu fokus pada chart, apa pun yang aku bina sebenarnya tidak bermakna.
Kenapa Stamina layak jadi S kelima
Semua 4S tadi tu memang mintak tenaga!
Tenaga fizikal, tenaga mental, tenaga emosi, dan tenaga spiritual.
Itu lah stamina.
Kalau stamina tak ada, ada 4S pun boleh jadi macam cerita arnab dan kura2. Si arnab ada 4S, tapi boleh tertidur melepaskan peluang untuk execute. Jadi? Framework tak gagal tapi roboh.
Kerana manusia di belakang framework tu dah habis tenaga.
Dalam trading, trader yang sustain 10, 20 tahun bukan yang paling bijak atau paling agresif.
Mereka yang paling konsisten, yang tahu gerak cara sendiri, yang tak terbakar diri demi satu trade.
Penutup
Cuba tanya soalan ni pada diri sendiri. Pace yang aku bawa sekarang ni, boleh sustain tak untuk 5-20 tahun lagi?
Secara zahir, ramai admire orang yang nampak fit dan high performance, yang champion, macam Mark Minervini (dengan his family).

Tapi kita pun tahu cerita sebelah lagi. Ed Seykota bercerai. Jesse Livermore bunuh diri.
Ni bukan cakap pasal P&L semata-mata, ni cerita pasal pergelutan dalaman yang jarang diTAMPAKKAN.
Kalau quant jadi jawapan untuk selesai 5S, alhamdulillah. Kita boleh guna expand kapasiti lain yang lebih bernilai.
Walaupun begitu, manusia dan edge tetap ada expiry untuk dijaga.
Leave a Reply