Kenapa Jangan Sesekali Beli Aset di Paras All-Time High (ATH)?

Beli aset seperti saham, emas, atau kripto ketika ia mencatatkan All-Time High (ATH) nampak macam keputusan yang bijak.

“Eh, kalau dah naik, mesti akan naik lagi kan?”

Tapi realitinya, ia ibarat mengejar bayang-bayang.

Banyak pelabur, khususnya yang baru, terperangkap dalam FOMO (Fear of Missing Out) bila tengok harga naik gila-gila. Tapi membeli di puncak bukan strategi yang bagus, kecuali mempunyai pengurusan risiko yang bagus. Kenapa? Jom kupas satu persatu.


1. ATH Bukan Isyarat Beli, Tapi Isyarat Berhati-hati

ATH bermaksud harga tertinggi dalam sejarah; semua orang yang beli sebelum tu sedang untung. So siapa yang tinggal untuk beli sekarang? Biasanya:

  • Orang yang baru perasan trend,
  • Yang takut ketinggalan,
  • Dan yang tak nak “terlepas kapal”.

Tapi masalahnya, bila semua orang membeli sebab takut tertinggal, itu tanda harga dah terlalu jauh daripada nilai sebenar.


2. Selepas ATH Selalunya Datang Pullback

Hari ini harga naik gila-gila, esoknya jatuh teruk. Inilah yang dinamakan pullback. Kenapa jadi macam ni? Sebab pelabur awal nak ambil untung. Bila ramai jual sekaligus, tekanan jualan berlaku, dan harga menjunam. Jatuh itu bukan petanda buruk, tapi normal market behaviour.

Tapi walaupun harga jatuh dan bagi “diskaun”, nak tangkap diskaun tu sangat mencabar. Kau tak tahu berapa dalam dia nak jatuh, dan berapa lama nak tunggu dia naik balik. Emosi pun mula kacau, keyakinan goyah.


3. Tiada Rujukan Teknikal, Jadi Teknik Harapan

Apabila harga cecah ATH, tiada resistance di atas untuk dijadikan rujukan teknikal. Maksudnya? Kau tak tahu nak ambil untung kat mana. Apa yang tinggal hanyalah harapan; iaitu mengharapkan harga naik lagi dan lagi. Maka jadilah ia “teknik harapan”.

Ramai yang beli kat puncak akhirnya terpaksa tunggu dan berdoa, mintak kawan2 tolong tiup 😀 supaya harga naik balik lepas jatuh. Tapi dalam pasaran, berharap tanpa pelan adalah strategi untuk rugi.

Bak kata pepatah Inggeris, “You fail to plan, you plan to fail“.


4. Volatiliti Tinggi, Risiko Pun Naik

Lepas ATH, pasaran jadi sangat tidak stabil. Harga boleh turun 10–30% dalam sehari, lebih-lebih lagi dalam kripto. Kau mungkin fikir beli tinggi sikit tak apa; tapi bila harga jatuh mendadak, kau mula panik, cut loss, dan akhirnya rugi besar. Risiko terlalu besar untuk entry yang tak bijak.


5. Kau Bukan Lambat, Kau Sabar, Bijak & Berseni

Bila tengok orang lain dah masuk awal dan untung banyak, kita mula rasa terlepas. Tapi sebenarnya, kau bukan lambat, kau tengah tunggu peluang terbaik. Entry yang baik adalah waktu pasaran tenang dan beri isyarat jelas, bukan ketika harga sedang melonjak tanpa henti.


Penutup:

Membeli di ATH sangat berisiko kerana emosi mendahului logik. Kau mungkin dapat untung kecil kalau nasib menyebelahi, tapi kalau harga jatuh, kau tersekat lama dalam kerugian.

Lebih baik tunggu pullback, tunggu peluang lebih selamat. Dalam pelaburan, sabar menang, bukan siapa cepat dia dapat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *