“Berapa jam saya belajar trading sehari?”
Soalan ini mungkin nampak mudah, tapi jawapannya menggambarkan sebuah perjalanan hidup yang penuh ujian dan ketekunan. Jawapan saya, 13 jam sehari. Ya, saya betul-betul hadap chart, hadap risiko, dan hadap perasaan sendiri. Kerana saya percaya, nak jadi trader yang benar-benar faham market, kena train mata, otot, dan saraf mental; macam latihan kungfu.
Saya mula dari bawah. Bukan terus profit, tapi terus penat. Saya train mata untuk kenal pattern, baca candlestick dengan lebih dalam, dan faham blending candlestick di beberapa timeframe. Saya belajar cara rasa range guna Fibonacci. Saya cari Point of Interest (POI) yang betul-betul bermakna, bukan sekadar zon warna biru dan merah. Saya biasakan diri dengan naked chart, dan kemudian barulah pelbagaikan tools untuk kukuhkan entry dan exit saya.
Antara rutin awal saya: backtest dengan minimum 44 screenshots setiap hari. Tujuan dia? Supaya otak dan mata saya kenal situasi, kenal peluang, kenal risiko. Seperti latihan seni mempertahankan diri, mula-mula memang keras. Tapi bila dah lentur, barulah tendangan kita jadi padu.
Saya tak cepat-cepat masuk kelas mahal. Tapi saya pernah juga bayar kelas mencecah 4 angka. Malangnya, kandungan kelas sangat asas. Tanpa sokongan selepas belajar, saya rasa rugi. Duit bukan datang dari langit. Masa tu saya masih di usia 20-an, dan saya memang tak nak susahkan ibu bapa. Ini jalan yang saya pilih sendiri, maka saya perlu bertanggungjawab. Selepas sudah pandai, akhirnya yang jelas pada saya, basic itu lah king. Alhamdulillah.
Bila saya rasa nak give up, saya rehat. Bukan berhenti. Lepas cuti dan reset kepala, saya sambung balik. Dalam otak saya, asyik keluar candlsetick sehingga terbawa-bwa ke mimpi termasuk strategi. Saya sibuk menjawab soalan “Why?” mengenai chart kepada diri saya sendiri tak kira lah tengah buat apa pun. Terlalu banyak persoalan datang menyinggah memberi idea, ilham dan rungkaian. Itu cara saya perbaiki kesilapan dan bina sistem sendiri. Kini saya jadi bar chart trader, membaca chart berdasarkan data yang saya sendiri kumpul dan kodkan menjadi Lylytics (sebuah sistem analisis yang sesuai untuk scalp sehingga position).
Saya hanya guna sumber percuma; buku, YouTube, channel Telegram, tapi saya baca sampai faham. Ada juga yang saya beli di Kinokuniya. Saya pilih untuk tekun. Sebab saya percaya hard work beats talent. Ilmu ni bukan untuk cepat kaya, tapi untuk ubah hidup. Bukan setakat diri sendiri, tapi untuk beberapa generasi. Supaya nanti tak perlu mengharap simpati manusia, cukup hanya dengan keyakinan pada diri dan tawakal kepada Allah Taala.
Perjalanan ini bukan mudah, tapi sangat berbaloi. Kalau anda penat, berehat. Tapi jangan berhenti. Trading bukan untuk semua orang, tapi bagi yang sanggup. Ganjarannya luar biasa.

Mommy Trader. Aset pilihan utama ialah Metal. Ada sistem sendiri; ringkas tapi disiplin. Saya percaya rezeki datang bersama usaha yang jujur Jom kerja keras!